Saya musykil dengan dua perkataan ini. Rata-rata ramai yang menggunakan
perkataan tersebut sewenang-wenangnya, tidak terkecuali diri saya
sendiri.
Pertama sekali, kita lihat maksud perkataan tersebut.
Menurut
Kamus Dewan,
Jantung: organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan
Hati: organ dlm badan ya berwarna perang kemerahan terletak di bahagian
sebelah kanan
Dan jika dialihkan ke bahasa Inggeris, jantung adalah
'heart' dan hati adalah 'liver'.
Dalam konteks pasangan kekasih, mereka
gemar menggunakan perkataan hati. Yang sering digunakan adalah sakit
hati. Pasangan anda membuat anda kecewa atau marah, anda kata sakit
hati. Sakit 'liver'? Bukan itu sahaja, apabila mereka menyatakan betapa
sakitnya hati mereka, mereka akan meletakkan tangan di sebelah kiri
dada. Bukankah hati terletak di sebelah kanan?
Tidakkah kita sepatutnya berkata sakit jantung...."heart pain". Tetapi sakit jantung membawa maksud yang berlainan iaitu 'heart disease'.
No comments:
Post a Comment