Monday, 25 June 2012

Senyum

Senyum kucing; simpulan bahasa yang jarang didengar dan jarang digunakan.

Senyum kucing bererti senyuman yang mempunyai muslihat.

Biasanya simpulan bahasa ini digunakan untuk memberi gambaran seorang watak antagonis.

Wednesday, 20 June 2012

Bersungguh-sungguh

Pada suata hari, saya dan seorang teman sedang berbual-bual kosong. Dia mencerita pengalamannya tentang sesuatu. Saya kurang pasti kerana saya tidak begitu memberikan perhatian terhadap apa yang sedang dibicarakan. Malah, mata saya tertumpu kearah pemandangan di sekitar Marina Bay Sands.

"Oi, aku dah berbual berfoya-foya kau dengar tak?"

Penggunaan kosa kata yang salah.

Berfoya-foya membawa erti menghamburkan wang untuk tujuan bersenang-senang.

Tuesday, 19 June 2012

Si Jantung Hati

Saya musykil dengan dua perkataan ini. Rata-rata ramai yang menggunakan perkataan tersebut sewenang-wenangnya, tidak terkecuali diri saya sendiri. 

Pertama sekali, kita lihat maksud perkataan tersebut. 
Menurut Kamus Dewan, 
Jantung: organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan Hati: organ dlm badan ya berwarna perang kemerahan terletak di bahagian sebelah kanan 
Dan jika dialihkan ke bahasa Inggeris, jantung adalah 'heart' dan hati adalah 'liver'. 

Dalam konteks pasangan kekasih, mereka gemar menggunakan perkataan hati. Yang sering digunakan adalah sakit hati. Pasangan anda membuat anda kecewa atau marah, anda kata sakit hati. Sakit 'liver'? Bukan itu sahaja, apabila mereka menyatakan betapa sakitnya hati mereka, mereka akan meletakkan tangan di sebelah kiri dada. Bukankah hati terletak di sebelah kanan? 

Tidakkah kita sepatutnya berkata sakit jantung...."heart pain". Tetapi sakit jantung membawa maksud yang berlainan iaitu 'heart disease'.