Friday, 19 October 2012

Had

Kalau hidup jangan besar pasak dari tiang. Hutang keliling pinggang. Gali lubang, tutup lubang.

Sunday, 30 September 2012

Hujan

Tidak siapa yang tahu isi hatinya Disebalik kata-kata tersebut tersirat sesuatu yang sukar untuk diluahkan. Tiada yang peka. Tiada yang hirau. Tiada yang mampu menyelam ke dasar.

Monday, 10 September 2012

Monday, 3 September 2012

Saturday, 18 August 2012

Eid Mubarak

1 Syawal telah pun tiba, mari kita sambut Aidilfitri.

Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa atau terguris perasaan. Namanya juga insan biasa. Semoga Syawal ini lebih bererti dari tahun yang sudah. Jangan lupa, singgahlah ke teratak saya. :)

Selamat Hari Raya!

Saturday, 11 August 2012

Tuesday, 7 August 2012

Merapu

Teringat tentang sesuatu. Sesuatu yang sangat lucu.

Erti meracau: percakapan yang tidak jelas butirannya, meraban

Erti merayau: berjalan tanpa tujuan

Seorang teman yang ketika itu berasa sangat bosan berkata kepadaku.
"Okie lah, aku nak pergi meracau."

Hahaha! Penggunaan kosa kata yang salah!

Sunday, 22 July 2012

Kejora

Andai dapat kuundurkan putaran dunia...

Equator = khatulistiwa

Tidak ramai yang tahu penterjemahan perkataan tersebut.

Selamat malam dan mimpi indah.

Sunday, 15 July 2012

Pedih

Penantian itu suatu penyiksaan. Semoga penantian ini bukan sia-sia.

Sunday, 8 July 2012

Yok!

Peribahasa kegemaran saya adalah 'genggam bara api biar sampai jadi arang'

Jangan mudah putus asa. Ubah impian menjadi satu kenyataan. :)

Monday, 25 June 2012

Senyum

Senyum kucing; simpulan bahasa yang jarang didengar dan jarang digunakan.

Senyum kucing bererti senyuman yang mempunyai muslihat.

Biasanya simpulan bahasa ini digunakan untuk memberi gambaran seorang watak antagonis.

Wednesday, 20 June 2012

Bersungguh-sungguh

Pada suata hari, saya dan seorang teman sedang berbual-bual kosong. Dia mencerita pengalamannya tentang sesuatu. Saya kurang pasti kerana saya tidak begitu memberikan perhatian terhadap apa yang sedang dibicarakan. Malah, mata saya tertumpu kearah pemandangan di sekitar Marina Bay Sands.

"Oi, aku dah berbual berfoya-foya kau dengar tak?"

Penggunaan kosa kata yang salah.

Berfoya-foya membawa erti menghamburkan wang untuk tujuan bersenang-senang.

Tuesday, 19 June 2012

Si Jantung Hati

Saya musykil dengan dua perkataan ini. Rata-rata ramai yang menggunakan perkataan tersebut sewenang-wenangnya, tidak terkecuali diri saya sendiri. 

Pertama sekali, kita lihat maksud perkataan tersebut. 
Menurut Kamus Dewan, 
Jantung: organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan Hati: organ dlm badan ya berwarna perang kemerahan terletak di bahagian sebelah kanan 
Dan jika dialihkan ke bahasa Inggeris, jantung adalah 'heart' dan hati adalah 'liver'. 

Dalam konteks pasangan kekasih, mereka gemar menggunakan perkataan hati. Yang sering digunakan adalah sakit hati. Pasangan anda membuat anda kecewa atau marah, anda kata sakit hati. Sakit 'liver'? Bukan itu sahaja, apabila mereka menyatakan betapa sakitnya hati mereka, mereka akan meletakkan tangan di sebelah kiri dada. Bukankah hati terletak di sebelah kanan? 

Tidakkah kita sepatutnya berkata sakit jantung...."heart pain". Tetapi sakit jantung membawa maksud yang berlainan iaitu 'heart disease'.